Bitcoin

--

Ripple

--

Litecoin

--

Ethereum

--

Bitcoin Cash

--

Kami memilih yang terkuat. Yang terkuat memilih kami.
Kini, IFXBIT bukan sahaja pertukaran kripto yang inovatif. Sejak ditubuhkan, kami secara aktif telah menyokong sukan, menjalinkan gabungan dengan pasukan sukan terkenal dan atlet terkemuka dari seluruh dunia. Kami berbangga mempunyai profesional sukan sebenar sebagai rakan niaga kami. Kami percaya kerjasama dan semangat berpasukan akan membawa kepada lebih banyak kemenangan!
Borussia Dortmund
Borussia Dortmund
Borussia Dortmund FC – berusaha untuk mencapai kemenangan bersama dengan profesional

Salah satu rakan niaga kami adalah Borussia, kelab bola sepak Jerman yang legenda dari Dortmund. Kemenangan di Piala Juara-Juara dan Piala Intercontinental, 8 Kejohanan Jerman dan 4 Piala Jerman - ini merupakan sebahagian daripada pencapaian Borussia Dortmund.

Sebagai sebuah syarikat berteknologi tinggi, kami menghargai keinginan rakan-niaga kami untuk mempromosikan teknologi baru dalam bidang kewangan dan bola sepak profesional. Kerjasama dengan salah satu kelab bola sepak terkemuka Jerman memberikan kelebihan kepada kami. Ia melambangkan pertumbuhan dan perkembangan jenama Borussia dan IFXBIT yang lebih jauh di Asia dan negara-negara CIS.

Viswanathan Anand
Viswanathan Anand
Viswanathan Anand – memiliki akal yang pintar membawa kepada kemenangan

Viswanathan Anand adalah seorang legenda catur. Dan bukan itu sahaja. Beliau telah menjadi atlet Asia pertama yang memenangi kejohanan catur dunia junior pada umur 18 dan Grandmaster pada 19. Apa yang hebatnya, beliau adalah warga India pertama yang memenangi gelaran Grandmaster. Oleh demikian, Viswanathan Anand telah menjadi tokoh penting dalam sejarah catur. Senarai pencapaian beliau amat memberangsangkan dan merangkumi daripada kejayaan yang luar biasa termasuk mengatasi pemain catur Harry Kasparov, salah seorang pemain catur yang dilabelkan sebagai yang paling hebat.

Keputusan yang cepat dan tepat membawa kepada kemenangan - merupakan moto juga slogan Viswanathan Anand. Tidak ada cara yang lebih baik untuk menerangkan ciri kejohanan catur dan strategi perdagangan bagi pedagang yang berjaya

Dragon Racing
Dragon Racing
Dragon Racing dan IFXBIT – inovasi membawa kita ke masa hadapan yang lebih cerah

Menyokong statusnya sebagai penyuntik kepada inovasi dalam bidang perkembangan teknologi moden, IFXBIT sentiasa berusaha untuk bekerjasama dengan pemikiran yang sama. Pasukan perlumbaan Dragon Racing, salah seorang ketua pasukan Formula E, telah menjadi rakan niaga yang ideal untuk kerjasama yang berjaya. Begitu juga IFXBIT, Dragon Racing juga dalam perkembangan untuk kemajuan, teknologi tinggi dan penyelesaian eko yang cekap.

Keinginan untuk penambahbaikan tanpa henti bagi kereta lumba masa depan, penggunaan perkembangan unik yang inovatif dan pandangan yang jitu mengenai evolusi sukan permotoran (motorsport) profesional sebagai industri berteknologi tinggi - ini adalah kualiti yang membentuk asas untuk kerjasama berkesan kami dengan pasukan Dragon Racing.

Loprais
Loprais
Hasrat yang tinggi untuk mencapai kemenangan bersama dengan pasukan Loprais

Terima kasih kepada kerjasama dengan Ales Loprais, seorang pemandu Czech yang terkenal dalam pasukan perlumbaan Loprais, IFXBIT telah menjadi penaja kepada juara lain yang diiktiraf. Senarai pencapaian pasukan Loprais, yang merupakan peserta tetap dalam perlumbaan Dakar terbesar, penuh dengan pelbagai anugerah dan kemenangan.

Berusaha untuk mencapai kesempurnaan dan keyakinan secara mutlak dalam kemenangan - ini adalah ciri-ciri yang bersesuaian dengan prinsip kita sendiri. Kami percaya bahawa jalinan perkongsian dengan Pasukan Loprais adalah permulaan kerjasama jangka panjang dan bermakna sekali.

Daria Kasatkina
Daria Kasatkina
Keinginan untuk menjadi yang terbaik adalah kunci kemenangan masa depan!

Pencapaian sukan Daria Kasatkina sangat berharga. Pemain tenis Russia telah memenangi dua kejohanan WTA dan tujuh perseorangan ITF. Selain itu, Daria adalah finalis Piala Kremlin dan pingat perak Sukan Olimpik Belia 2014. Malah, senarai anugerah dan gelarannya lebih panjang daripada itu.

Falsafah sukan Daria adalah serupa dengan motto IFXBIT: "Setiap usaha untuk mencapai matlamat tidak sia-sia." Sama Daria, kami yakin bahawa kerja keras dan keinginan yang kuat untuk mencapai hasil terbaik adalah kunci kepada kemenangan masa depan!

Galeri
Viswanathan Anand
Pasukan Loprais
Dragon racing
Viswanathan Anand
Dragon racing
Pasukan Loprais
Pasukan Loprais