Untuk pedagang baru

Faq

Soalan umum

Pendepositan/Pengeluaran

Dagangan

Platform dagangan

Bagaimanakah fungsi IFXBIT?

Pelanggan IFXBIT boleh membuat tawaran dagangan antara satu sama lain dengan bantuan dana tersebut yang telah mereka depositkan di dompet pengguna mereka. Dalam erti kata lain, IFXBIT memberi peluang kepada pengguna untuk menjual / membeli / menukar matawang kripto serta membuat pelaburan dalam mata wang kripto.

Bagaimana untuk memulakan perdagangan di IFXBIT?

Untuk memulakan perdagangan, anda perlu membuka akaun dagangan terlebih dahulu. Kemudian, anda perlu mendepositkan wang ke akaun dagangan anda dengan menggunakan salah satu kaedah pembayaran yang tersedia di laman sesawang Pendepositan / Pengeluaran.

Selepas membuat pendepositan, anda boleh mula menjual atau membeli matawang kripto dengan bantuan pilihan perdagangan yang mudah atau lanjutan.

Adakah terdapat mod demo di IFXBIT?

Di IFXBIT.com anda boleh membuka tawaran dagangan pada panel interaktif dalam mod demo.

Apakah komisen yang dikenakan oleh IFXBIT?

Komisen sebanyak 0.1% daripada nilai aset akan dikenakan selepas pengguna menutup tawaran dagangan. Dalam erti kata lain, sebaik sahaja anda menutup tawaran dagangan anda, anda memperoleh nilai aset yang dikurangkan sebanyak 0.1%. Anda tidak membayar apa-apa apabila membuka tawaran dagangan, jadi anda boleh meletakkan atau membatalkan pesanan tanpa komisen.

Apakah jumlah pendepositan yang diperlukan untuk melakukan dagangan matawang kripto?

AS$ 10.

Mengapakah saya tidak dapat mengeluarkan wang saya?

Terdapat beberapa sebab untuk itu:

- anda mempunyai dana yang tidak mencukupi untuk pengeluaran;

- pendepositan matawang kripto masih belum disahkan sepenuhnya oleh rangkaian;

- had jumlah pengeluaran setiap hari telah melebihi;

- pengguna tidak mebuat tawaran dagangan di bursa;

- aktiviti yang mencurigakan telah dikesan dalam akaun anda. Pengeluaran boleh dihadkan untuk langkah keselamatan. Dalam kes ini, anda perlu menghubungi khidmat sokongan pelanggan.

Bagaimanakah untuk menghubungi perkhidmatan sokongan pelanggan?

Perkhidmatan sokongan pelanggan IFXBIT tersedia selama 7 hari seminggu 24 jam sehari. Jabatan itu sentiasa beroperasi termasuk pada hari cuti.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, cadangan atau tawaran, anda boleh menghubungi pakar kami dan mereka dengan senang hati akan membantu anda dan menyelesaikan sebarang pertanyaan atau menerima sebarang cadangan. Anda akan mendapat maklum balas dengan secepat yang mungkin. Untuk menghubungi khidmat sokongan pelanggan, anda boleh menghantar e-mel ke support@ifxbit.com support@ifxbit.com atau menghantar mesej melalui borang maklum balas.

Adalah lebih berkesan sekiranya anda menerangkan soalan anda dengan tepat dan terperinci dengan memberikan seberapa banyak maklumat yang mungkin kerana ia akan mempengaruhi masa untuk maklum balas pasukan sokongan terhadap permintaan anda. Adalah disarankan untuk menetapkan log masuk dan nama pengguna di IFXBIT apabila bertanyakan beberapa soalan mengenai akaun.

Anda boleh mencari semua maklumat dan pautan yang diperlukan di laman sesawang Hubungi kami.

Mengapa pilihan pengeluaran tidak tersedia kepada saya?

1. Anda akan dimaklumkan mengenai perkara itu melalui e-mel. Sekiranya anda tidak membuat permohonan perubahan kata laluan, maka anda perlu menghubungi perkhidmatan sokongan.

2. Aktiviti yang mencurigakan telah dikesan dalam akaun anda. Pengeluaran boleh dihadkan untuk langkah keselamatan. Dalam kes ini, anda perlu menghubungi khidmat sokongan pelanggan.

Bagaimana untuk mengeluarkan wang dari IFXBIT?

Untuk mengeluarkan wang, anda perlu pergi ke laman sesawang Pendepositan dan Pengeluaran seterusnya memilih mata wang yang anda ingin mengeluarkan dan isikan jumlah yang akan dikeluarkan.

Adakah IFXBIT mengenakan apa-apa komisen untuk pendepositan dan pengeluaran?

Tidak, ia adalah bukan. Tetapi anda perlu ingat bahawa sistem pembayaran elektronik atau bank mungkin akan mengenakan komisen apabila melakukan transaksi pendepositan atau pengeluaran.

Berapa lama masa yang diambil untuk mengeluarkan matawang kripto?

Ia mengambil masa 15 minit hingga 2-3 jam. Kebanyakannya, ia bergantung kepada sistem pembayaran. Sekiranya permintaan pengeluaran menimbulkan kecurigaan yang bertentangan dengan keselamatan, maka ia boleh mengambil masa yang lebih lama - sehingga 5-6 jam.

Bolehkah saya melakukan dagangan instrumen perdagangan forex atau hanya matawang kripto tersedia?

Selain daripada matawang kripto anda boleh berdagang dengan instrumen lain seperti CFD, indeks, niaga hadapan dan logam dalam satu akaun. * Perdagangan boleh menjadi mudah melalui rakan niaga kami.

Apakah jenis mata wang kripto yang boleh saya tukar dan melabur?

Anda boleh melakukan pertukaran dan melabur dalam Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Ripple, dan Bitcoin Cash.

Apakah perbezaan antara membeli (menjual) matawang kripto dan perdagangan kripto?

Seorang pedagang membuat pesanan dan menetapkan harga yang mereka inginkan untuk membeli atau menjual matawang kripto. Sekiranya terdapat pedagang lain yang ingin menutup tawaran dagangan dengan syarat-syarat yang ditetapkan, maka tawaran dagangan dilaksanakan dan matawang kripto dipindahkan dari satu pedagang ke pedagang yang lain.

Di mana saya boleh melihat sejarah dagangan saya?

Anda boleh melihat sejarah dagangan anda di tab Sejarah dari tetingkap Pesanan.

Apakah kelebihan platform dagangan?

- Akaun yang sama untuk semua instrumen perdagangan

- Peranti Penghubung yang boleh diubahsuai dan mesra pengguna sepenuhnya

- Kepelbagaian indikator teknikal

- Terdapat lebih banyak kelebihan yang dinyatakan di laman sesawang .

Apakah kegunaan carta Market Depth dalam platform?

Carta Market Depth menunjukkan urusniaga pedagang lain. Carta merah menggambarkan tawaran dagangan menjual sementara carta hijau menunjukkan tawaran dagangan membeli.

Bolehkah saya menyimpan akaun dengan tetapan carta saya yang diubahsuai??

Ya, anda boleh melakukannya. Terdapat pilihan tetapan carta Import / Eksport pada platform IFXBIT.

Saya telah mengesan masalah di platform. Di manakah saya harus melaporkan masalah tersebut?

Anda boleh memberitahu pengurus perkhidmatan sokongan kami mengenai isu ini. Untuk berbuat sedemikian, sila hantarkan e-mel kepada development@ifxbit.com

Apakah waktu perdagangan pertukaran kripto??

Pertukaran kripto beroperasi selama 24/7.